Free Shipping User Coupne Code : NEW5

Shopping cart

Sale!
F31 - Model Imarah MasjidF31 - Model Imarah Masjid

Pengurusan Kewangan Masjid Model Imarah Masjid

( 0 out of 5 )
RM0.00

Pengurusan Kewangan Masjid Model Imarah Masjid

Category:

Mr Advisors menyediakan banyak Ebook yang dapat menambahnilai ilmu dan kemahiran perniagaan anda. Ebook ini hanya bagi tujuan pembelajaran sahaja dan tidak boleh dikomersilkan. Ebook ini diperolehi dari sumber umum (open source) yang dibenarkan. Ikuti huraian lanjut berkenaan Ebook ruangan bawah.

Pengurusan Kewangan Masjid Model Imarah Masjid

by Kumpulan Penyelidik IMARAH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Segala puji-pujian ke hadrat Allah, sembah salam ke atas Nabi junjungan Muhammad, keluarganya, sahabat-sahabatnya, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka. Menyelusuri sejarah perkembangan Islam, masjid adalah merupakan syiar atau mercu tanda keagungan agama Islam. Rasulullah  telah meletakkan peranan masjid sebagai sebuah institusi terpenting bagi umat Islam yang terbukti dengan pembinaan masjid di Quba’ sewaktu di dalam perjalanan menuju ke Madinah dan seterusnya pembangunan Masjid Nabawi di Madinah. Pembentukan negara Islam Madinah adalah berpaksikan kepada peranan besar yang diletakkan kepada institusi masjid yang tidak hanya sebagai pusat beribadat dan menimba ilmu pengetahuan sahaja, bahkan ianya melangkaui sebagai pusat perbendaharaan negara dan pertemuan dengan delegasi-delegasi luar. Sudah tentulah satu bentuk pengurusan yang sistematik seperti pengurusan kewangan dan sumber manusia telah dilaksanakan bagi memastikan segala peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan tersebut dapat dilakukan secara mantap dan berkesan.

Justeru, buku ini akan membincangkan dua aspek penting pengurusan kewangan masjid iaitu pendapatan dan perbelanjaan dana masjid. Satu model kewangan masjid iaitu Model Imarah Masjid telah dibangunkan yang menerangkan secara terperinci tatacara pengurusan pendapatan dan perbelanjaan masjid. Aspek pendapatan masjid telah dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu pendapatan yang diperolehi dari dana umum dan pendapatan yang diperolehi dari dana khusus. Manakala perbelanjaan masjid pula dibahagikan kepada tiga kategori iaitu perbelanjaan pengurusan (idārī), perbelanjaan kemasyarakatan (ijtimāʿī) dan pengurusan perniagaan (tijārī).

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pengurusan Kewangan Masjid Model Imarah Masjid”

X