Free Shipping User Coupne Code : NEW5

Shopping cart

Sale!
F39 - 40 Hadith Ibadat HartaF39 - 40 Hadith Ibadat Harta

Hadith Ibadat Harta

( 0 out of 5 )
RM0.00

Hadith Ibadat Harta

Category:

Mr Advisors menyediakan banyak Ebook yang dapat menambahnilai ilmu dan kemahiran perniagaan anda. Ebook ini hanya bagi tujuan pembelajaran sahaja dan tidak boleh dikomersilkan. Ebook ini diperolehi dari sumber umum (open source) yang dibenarkan. Ikuti huraian lanjut berkenaan Ebook ruangan bawah.

Hadith Ibadat Harta

Oleh Dr. Abdullaah Jalil

Sebelum kita pergi lebih jauh, kita patut mengambil masa untuk mengenali pengarang asal kitab ini agar dapat menambah kecintaan dan keperihatinan kita kepada kitab ini. Pengarang kitab ini adalah seorang ulama’ terkemuka dan masyhur di akhir era Khilafah Turki ʿUthmaniyyah. Beliau dikenali dengan nama “al Imām al-ʿAllāmah al-Shaykh Yūsuf Ibn Ismāʿīl al-Nabhānī”. Al-Nabhānī adalah nisbah kepada keluarga al-Nabhān, iaitu sebuah keluarga Arab yang menduduki kampung bernama “Ijzim”. Ia adalah sebuah kampung di bahagian utara Palestin. Beliau dilahirkan pada hari Khamis tahun 1265H. Beliau mula menghafal al-Qur’an di bawah bimbingan bapanya. Bapanya adalah seorang sheikh yang panjang umurnya mendekati 80 tahun. Walaupun pada usia yang sedemikian, bapanya masih lagi mempunyai kesempurnaan akal, pancaindera, kekuatan, ingatan dan beliau menjaga amalan-amalan soleh serta menekuni amalan membaca al-Qur’an. Pada awalnya, bapa beliau mengkhatamkan al-Qur’an dengan satu kali khatam pada setiap tiga hari. Setekah itu, beliau diberi tawfiq untuk mengkhatamkan al-Quran dengan tiga kali khatam pada setiap minggu. Ketaqwaan dan kesolehan bapanya pastinya mempunyai kesan yang amat besar terhadap pembentukan peribadi beliau.

 

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Hadith Ibadat Harta”

X