Mr Advisors menyediakan banyak Ebook yang dapat menambahnilai ilmu dan kemahiran perniagaan anda. Ebook ini hanya bagi tujuan pembelajaran sahaja dan tidak boleh dikomersilkan. Ebook ini diperolehi dari sumber umum (open source) yang dibenarkan. Ikuti huraian lanjut berkenaan Ebook ruangan bawah.
50 Hadith Doa Rasulullah serta Kelebihannya
Oleh Abdullaah Jalil
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Segala puji hanyalah bagi Allah, Pemilik dan pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam buat junjungan kita Saidina Muhammad Bin Abdulla, Penghulu segala para Nabi dan Rasul , juga buat ahli keluarga dan para sahabat Baginda serta seluruh umat Islam yang mengikuti jejak dan Sunnah Baginda. Ammā baʿd, Doa adalah penzahiran seseorang bagi kefaqirannya kepada Penciptanya. Doa juga merupakan manifestasi kehambaan dan bukti sikap tawadu’ (rendah diri) seorang hamba kepada Tuhannya. Ia adalah perintah Allah kepada para hambaNya.
Reviews
There are no reviews yet.