Free Shipping User Coupne Code : NEW5

Shopping cart

thumb
Tentang Kami

Dato' Hifdzi Hamzah

VIRTUAL LEGAL ADVICE

Dato' Hifdzi atau dikenali sebagai Mr Advisor telah berkecimpung dalam dunia perundangan dan perniagaan sejak 20 tahun yang lalu. Sebagai pengamal undang-undang, beliau banyak memberikan khidmat nasihat, penyelesaian dan strategi bagi mempertahankan hak dan kepentingan masyarakat. Beribu-ribu masalah masyarakat yang telah dikendalikan sepanjang beramal sebagai peguambela dan peguamcara.

Antara bidang kepakaran beliau termasuklah:
1. Undang-Undang Perniagaan
2. Undang-Undang Hartanah
3. Undang-Undang Kekeluargaan Islam
4. Undang-Undang Pusaka
5. Undang-Undang Jenayah Komersil
6. Undang-Undang Sivil/Litigasi
7. Undang-Undang Harta Intelek

Selain itu, penglibatan beliau sebagai penasihat korporat di syarikat-syarikat SME telah memberikan banyak pendedahan luas terhadap risiko dan peluang dalam satu perniagaan. Beliau juga telah mengasaskan satu metod yang dikenali sebagai Teknik KING yang hanya memerlukan tempoh 3 tahun untuk membina, menguasai dan menakluki sesuatu perniagaan. Hasil dari pengalaman luas membantu masyarakat pelbagai golongan, beliau telah menghasilkan produk Panduan & Penyelesaian secara Do-It-Yourself di bawah jenama Mr Advisors yang memberikan peluang kepada masyarakat yang tidak mampu mendapatkan panduan yang tepat tanpa perlu berbelanja besar. Mr Advisors telah membantu ribuan masyarakat untuk mendapatkan panduan tepat sebelum bertindak agar tidak tersalah langkah. Produk Mr Advisors adalah pertama seumpamanya di Malaysia.

Virtual Legal Advice

Menyedari masyarakat awam yang sering bertindak semberono, Dato' Hifdzi telah menawarkan satu produk dan servis guaman secara pantas yang boleh dicapai secara maya. Pelbagai solusi dan strategi berkesan hanya di hujung jari. Elakkan bertindak menurut emosi yang boleh mendatangkan mudarat yang lebih besar. Platfom Mr Advisors ini membuka sinar harapan kepada mereka yang masih mengalami anxiety, depress dan upset agar dapat keluar dari perangkap emosi yang menakutkan. Mereka masih berpeluang mendapatkan panduan bertindak yang cepat dan tepat walaupun belum bersedia keluar berjumpa masyarakat. Falsafah Mr Advisors adalah "Right Advice leads to Smart Action".

Produk-produk guaman ini telah direka khas bersesuaian melalui penyampaian yang santai dan boleh difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Dato Hifdzi Hamzah

Founder of Mr Advisors
X