Free Shipping User Coupne Code : NEW5

Shopping cart

Sale!
F44 - 40 Hadith Imam Nawawi Berkenaan Asas Agama IslamF44 - 40 Hadith Imam Nawawi Berkenaan Asas Agama Islam

40 Hadith Imam Nawawi Berkenaan Asas Agama Islam

( 0 out of 5 )
RM0.00

40 Hadith Imam Nawawi Berkenaan Asas Agama Islam

Category:

Mr Advisors menyediakan banyak Ebook yang dapat menambahnilai ilmu dan kemahiran perniagaan anda. Ebook ini hanya bagi tujuan pembelajaran sahaja dan tidak boleh dikomersilkan. Ebook ini diperolehi dari sumber umum (open source) yang dibenarkan. Ikuti huraian lanjut berkenaan Ebook ruangan bawah.

 

40 Hadith Imam Nawawi Berkenaan Asas Agama Islam

Oleh Dr. Abdullaah Jalil 

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah yang telah memilih dari kalangan manusia sesiapa sahaja yang Dia kehendaki sebagai pewaris para nabi dan para rasul-Nya, dan khususnya sebagai pewaris kekasih-Nya Nabi Muhammad. Dengan itu, Dia telah membangkitkan para ulama’ dan awliya’ yang terus menerus membimbing umat ini di atas Sunnah Baginda dan menjadi jambatan bagi mereka untuk memahami agama ini dengan sempurna.

Selawat dan salam kami sampaikan kepada junjungan serta penghulu umat ini, Saidina Muhammad, kekasih Allah ddanan rasulNya, penghulu para Nabi dan Rasul serta orang-orang beriman lagi bertakwa, juga ke atas ahli keluarga dan para sahabat Baginda , serta seluruh para muslimin  muslimat yang sentiasa mengharapkan kasih sayang serta syafa’at Baginda di akhirat nanti, hari di mana semua amal dihitung, tidak ada yang terselindung. Pihak penerbit sekali lagi menghidangkan kepada para pembaca hasil buah tangan Dr. Abdullaah Jalil di dalam bidang hadith, khususnya bahagian Arbaʿīniyyāt (koleksi 40 hadith).

Buku ini merupakan terjemahan lengkap bagi kitab 40 Hadith Imam Nawawi yang lebih dikenali sebagai Arbaʿīn Nawawiyyah dan disertakan beberapa bahagian yang lain bagi melengkapkannya. Arbaʿīn Nawawiyyah merupakan himpunan Imam Nawawi bagi empat puluh dua (42) buah hadith berkaitan dengan asas-asas agama Islam dan prinsip-prinsip hukum Shariat. Hadith-hadith ini menghimpunkan tema-tema utama yang membentuk aspek-aspek terpenting Shariat Islam. Kitab ini patut dimiliki oleh setiap orang Islam dan diletakkan di dalam koleksi peribadi mereka dan dipelajari serta dibaca berulang kali seperti mana anjuran Imam Nawawi kerana ia menghimpunkan mutiara-mutiara berharga berkenaan agama ini.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “40 Hadith Imam Nawawi Berkenaan Asas Agama Islam”

X