Free Shipping User Coupne Code : NEW5

Shopping cart

Sale!
F43 - 40 hadith Kemuliaan masjid & Adab-AdabnyaF43 - 40 hadith Kemuliaan masjid & Adab-Adabnya

40 Hadith Kemuliaan Masjid & Adab-Adabnya

( 0 out of 5 )
RM0.00

40 Hadith Kemuliaan Masjid & Adab-Adabnya

Category:

Mr Advisors menyediakan banyak Ebook yang dapat menambahnilai ilmu dan kemahiran perniagaan anda. Ebook ini hanya bagi tujuan pembelajaran sahaja dan tidak boleh dikomersilkan. Ebook ini diperolehi dari sumber umum (open source) yang dibenarkan. Ikuti huraian lanjut berkenaan Ebook ruangan bawah.

40 Hadith Kemuliaan Masjid & Adab-Adabnya

Oleh Dr. Abdullaah Jalil

Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan masjid sebagai sebaik-baik tempat di atas muka bumi ini serta memuliakan orang-orang yang mengimarahkannya di dunia ini dan di Akhirat nanti. Selawat dan salam kami panjatkan buat junjungan serta penghulu umat ini, Nabi Muhammad, Kekasih Allah dan Rasul-Nya, Hamba Allah yang paling mulia di sisi Allah, juga ke atas ahli keluarga dan para sahabat Baginda , serta seluruh para muslimin dan muslimat yang sentiasa berulang-alik ke masjid-masjid, memuliakannya dan menjaga adab-adabnya.

Buku yang diberkati ini – insha Allah – adalah merupakan satu lagi hasil usaha dan buah tangan Dr. Abdullaah Jalil “Penuntut Ilmu” dalam berkhidmat kepada dunia ilmu Islam khususnya ilmu hadith mawdu’i. Buku ini menghimpunkan 40 hadith utama berkenaan kemuliaan masjid, keutamaan orang-orang yang sentiasa berulang- alik ke masjid, beribadah di dalamnya dan adab-adab penting berkaitannya. Ia amat sesuai untuk dijadikan rujukan buat semua umat Islam kerana masjid adalah sebuah institusi yang sangat asas dan penting dalam kehidupan mereka. Kekuatan masyarakat Islam dan kerukunan sesama mereka di suatu kawasan dapat dinilai berdasarkan kekuatan institusi masjid dan surau di kawasan tersebut. Masjid bukan sahaja berfungsi sebagai pusat ibadah, bahkan lebih dari itu, masjid menjalankan pelbagai fungsi sosial, kebajikan, pendidikan dan ekonomi serta keusahawanan. Pihak kami berharap agar buku ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca dan umat Islam. Akhir kata dari kami: Semoga Allah menjadikannya sebagai sumber kebaikan dan kebajikan bagi semua yang terlibat dan mengambil manfaat daripadanya. Segala pujian hanyalah bagi Allah.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “40 Hadith Kemuliaan Masjid & Adab-Adabnya”

X