Free Shipping User Coupne Code : NEW5

Shopping cart

Sale!
F33 - Konsep Al-Tark & Bid'ah HasanahF33 - Konsep Al-Tark & Bid'ah Hasanah

Konsep Al-Tark & Bid’ah Hasanah

( 0 out of 5 )
RM0.00

Konsep Al-Tark & Bid’ah Hasanah

Category:

Mr Advisors menyediakan banyak Ebook yang dapat menambahnilai ilmu dan kemahiran perniagaan anda. Ebook ini hanya bagi tujuan pembelajaran sahaja dan tidak boleh dikomersilkan. Ebook ini diperolehi dari sumber umum (open source) yang dibenarkan. Ikuti huraian lanjut berkenaan Ebook ruangan bawah.

Konsep Al-Tark & Bid’ah Hasanah

Oleh Abdullaah Jalil

 

Ini adalah sebuah buku ringkas yang disusun untuk menjernihkan pemikiran pembaca khasnya dan masyarakat Islam Melayu amnya dalam memahami urusan dan amalan agama. Buku ini merupakan bahagian pertama bagi “Siri Memperbaiki Kefahaman Agama”. Ia diilhamkan berikutan terdapatnya pendapat-pendapat yang tersebar di dalam masyarakat yang menyebabkan berlakunya perpecahan, tuduh-menuduh dan pergeseran dalam isu agama yang pada akhirnya boleh melemahkan, meroboh dan memusnahkan sifat kasih sayang, hormat menghormati dan kekuatan persaudaraan yang ada di dalam masyarakat Islam. Kesatuan umat (dengan akidah, ilmu, amal dan akhlak yang benar) adalah kekuatan yang sebenarnya, iaitu kekuatan yang dapat menarik rahmat dan pertolongan Allah.

Buku ini ditulis dengan bahasa yang mudah dan penulis mencuba sedaya-upaya untuk mengurangkan penggunaan istilah-istilah yang bersifat teknikal walaupun sukar agar buku ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat Islam dalam pelbagai peringkat. Pendekatan yang dipilih oleh penulis dalam menghuraikan isu-isu yang dibincangkan ialah dengan mengemukakan pendapat majoriti ulama’ berdasarkan sumber-sumber yang muktabar tanpa menyentuh perselisihan yang berlaku kecuali apabila penting dan perlu.

Dalam menghadapi suasana yang gamat dan penuh dengan pergeseran pendapat pada hari ini, Rasulullah telah berpesan agar kita berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah. Namun begitu, para ulama’ adalah golongan yang benar-benar memahami maksud nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Maka mengikut al-Quran dan al-Sunnah bukanlah bermaksud berpegang dengan pendapat sendiri dalam memahami al-Quran dan al-Sunnah. Mengikut al-Quran dan al-Sunnah juga bukanlah bermaksud meninggalkan tafsiran dan fatwa para ulama’ yang muktabar. Bahkan pada hakikatnya, para ulama’ Islam yang memelihara periwayatan dan kefahaman yang sahih bagi al-Quran dan al-Sunnah dari penyelewengan golongan yang menyeleweng.

 

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Konsep Al-Tark & Bid’ah Hasanah”

X