Mr Advisors menyediakan banyak Ebook yang dapat menambahnilai ilmu dan kemahiran perniagaan anda. Ebook ini hanya bagi tujuan pembelajaran sahaja dan tidak boleh dikomersilkan. Ebook ini diperolehi dari sumber umum (open source) yang dibenarkan. Ikuti huraian lanjut berkenaan Ebook ruangan bawah.
Perjanjian Perniagaan
Panduan Praktikal Untuk Usahawan & Pemilik Bisnes Menyediakan Pelbagai Perjanjian Untuk Perniagaan
Oleh Dato’ Fizey Hamza
The Corporate King
Isi kandungan Ebook ini adalah ilmu dan pengalaman peribadi penulis selama 18 tahun menguruskan isu-isu perundangan yang melibatkan pelbagai pihak. Edisi kali ini bertujuan membantu golongan B40 dan Usahawan Mikro dan IKS untuk mendapatkan panduan untuk menyediakan perjanjian-perjanjian yang berkaitan dengan perniagaan mereka. Isi kandungan buku ini adalah hak milik EMALL ASIA BERHAD sepenuhnya dan sebarang aktiviti plagiat adalah dilarang keras dan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Hak Cipta 1987. Penulisan buku ini menggunakan bahasa santai agar input undang-undang yang bersifat teknikal boleh difahami dengan mudah dan tidak memboringkan pembaca.
Untuk Siapa Ebook Ini Di Tulis
1. Usahawan dan Pemilik Bisnes yang ingin memahami kriteria perjanjian perniagaan yang sah dan mengikat.
2. Usahawan dan Pemilik Bisnes yang ingin menghasilkan perjanjian yang kukuh.
3. Usahawan dan Pemilik Bisnes yang ingin memahami perjanjian yang tidak mendapat perlindungan undang-undang agar tidak merisikokan perniagaan mereka.
4. Usahawan dan Pemilik Bisnes yang belum mampu membayar kos guaman ribuan ringgit tetapi ingin mendapatkan panduan alternatif.
5. Usahawan dan Pemilik Bisnes yang tidak ingin merisikokan perniagaan hanya kerana kejahilan dan sikap tidak berhati-hati.
6. Panduan ini sesuai untuk semua jenis perniagaan di semua peringkat dan untuk bacaan umum masyarakat untuk celik undang-undang (legal literacy).
Reviews
There are no reviews yet.